Monday 1 June 2020

IM245 - Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Sistem Maklumat @ Bachelor of Information Science (Hons) Information Systems Management

Jom kita take note apa subjek - subjek yang korang akan ambik bila ambil kursus ni. So, let's go!!.

Dekat bawah ni adalah course outline bagi kursus IM245:-



Untuk lepasan STPM, Matrikulasi dan lain2 korang akan ikut semua course outline dekat atas ni. 


KHAS UTK LEPASAN DIPLOMA UITM LAIN2 (sebab saya berada di situasi ni, saya share sikit pengalaman)

Masa diploma dulu saya ambik Diploma Sains, tapi masa degree saya fikir masak2 utk tukar fakulti sebab saya rasa saya tak mampu nak bawak subjek2 sains masa degree nanti. Susah 😭 (saya je, org lain inShaaAllah okay)

Untuk lepasan Diploma UiTM lain - lain yang mungkin korang tukar kos drpd zaman diploma dulu, korang di suggestkan untuk buat permohonan pengecualian kredit. Renyah sikit la sebab korang akan selalu kena ulang alik pergi ke pejabat fakulti untuk setelkan pengecualian kredit ni walau macam mana pun banyak kelebihan yg korang akan dapat bila dah buat permohonan ni. Huhuhu.. 

Subjek - subjek yang korang boleh buat pengecualian kredit depend pada kursus yang korang ambik masa diploma dulu. Kalau korang punya kursus masa diploma banyak yg ade kena mengena dengan kursus sistem maklumat ni, so makin banyak la korang dapat pengecualian kredit. Perkara penting yg korang kena buat masa nak buat permohonan ni ialah korang kena tahu course outline yang korang ambik masa diploma dulu. Haa.. masa ni kelam kabut nak cari details subjek2 yg korg belajar masa diploma dulu. Mula la nak contact junior2 yg masih belajar lagi. 

Okay, antara subjek yang kebiasaannya korang boleh buat pengecualian kredit ialah subjek kokurikum(yg kawad ptg2 tu). huhu.. Mesti seronok kann. Yelaa. Dah puas kot kena berkawad zaman diploma dulu takkan waktu degree ni pon kita nak kena berkawad jugak. Nanti korang just tengok kawan - kawan korang berkawan je. hehe.. Lepas tu subjek CTU551, subjek ni kebanyakannya fakulti2 ade ambik dah masa diploma. Lepas tu MGT400, ni pon antara subjek yg korg boleh buat pengecualian kredit sekiranya korang dh ambik masa diploma dulu. 

Untuk buat permohonan ni perlukan kelulusan drpd  KPP (Ketua Pusat Pengajian) IM245. Kalau korang punya subjek yg nak buat pengecualian kredit ni masa diploma dulu tak dapat gred yg memberangsangkan, korg mungkin tak dapat kelulusan untuk buat pengecualian. Ape2 pon depend kpd keputusan KPP.  Tapi paling banyak advantage kalau korang drpd diploma sains komputer, sebab banyak subjek yg korang belajar dulu ada kena mengena dgn kursus ni.

Dan bila dah dapat kelulusan utk pengecualian kredit, korang kena susun jadual akademik korang baik2 dan jangan lupa yg korang juga boleh tarik subjek drpd semester 2 bawa ke semester 1. Sebab utk semester 1 korang punya credit hour tak cukup bila dah buat pengecualian, kalau korang dekan pon tak dikira kalau credit hour korang tak cukup. So korang dh kena start buat perancangan subjek apa yg korang nak tarik dan bawa ke semester 1. 

Kalau boleh korang cari la geng yg hadapi situasi yg sama macam ni, sebab kalau korang hadap sorang2 stress jugak. hahaha.. So, bila ade geng korang boleh hadap sama2, dan tak de la ade yg terlepas pandang ke ape ke. 

Saya Alhamdulillah ade housemate yang sama2 lepasan diploma, tapi dia kos pengurusan rekod but kami boleh hadapi sama2 untuk buat permohonan pengecualian kredit dan tarik subjek semua tu.

So, itu je nak share buat catatan kali ni. But ape2 pon mungkin akan ade perubahan mengikut situasi yg mendatang sebab pengalaman yg saya hadapi ni masa 2017. All the best buat semua.😃


5 comments:

  1. awak boleh tak briefing sikit pasal course im245 ni? Saya dapat course ni untuk penerapan and saya try cari students yg pernah ambik course cuma saya tak jumpa yg explain lebih detail. Boleh tak awak bagitahu course susah ke tak and tips untuk saya? Saya takutttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Minta maaf sebab reply lambat sebab jarang bukak blog ni.

      Awak sekarang dah nak habis sem 4 la kan. Hehehe... All the best.

      InShaaAllah tips daripada saya,
      1. Cuba buat yang terbaik untuk siapkan assignment/assessment sebab IM245 memang banyak fokus pada assignment.
      2. Kalau subjek yang ada final sebolehnya buat past sem question. (Kita tak banyak final exam kecuali kalau ambik elektif yang ada final). Tapi memandangkan kita tengah hadapi pandemik ni mungkin ada perubahan.
      3. Cari group mate yang boleh bekerjasama dengan baik. Sebab every sem akan ada group assessment contoh macam php, database, system analysis, data center. Jadinya komitmen group mate sangat penting.
      4. Selalu consult lecturer untuk tanya feedback tentang project kita, sebab lagi banyak kita tanya lagi banyak kita boleh improve project kita.

      All the best untuk sem - sem yang akan datang.

      Delete
  2. Salam sis, saya pun dari diploma sains. Saya graduate dip pd 2017, tahun 2021 baru tergerak hati nak smbung degree dan saya dapat kos ni. Boleh tak sis further explain pasal pengecualian kredit bagi diplma sains ke kos ni? saya tringin juga nak buat macam tu. Dan macam mana ya nak adapt dari belajar tentang sains ke kos pengurusan sistem maklumat ni? Saya harap dapat tips dari sis. Saya berminat dengan kos ni tetapi takut diri saya ni susah nak adapt. Saya tak minta kos sains sebab dah serik tak berapa ngam dengan saya dan result cukup2 makan. Harap sis blh membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Sorry lambat reply 🙏. Wahh kita geng dip sains. Hehe..

      Oh untuk pengecualian kredit, kalau sebelum ni kita drpd diploma UiTM lain - lain, ada beberapa subjek yg kita boleh buat pengecualian antaranya subjek koko, CTU, ELC, ENT dll. Kalau subjek yg ada kena mengena dgn sistem maklumat contohnya dip CS, lagi banyak subjek yg boleh buat pengecualian kredit.

      Dulu masa sem 1, saya buat pengecualian kredit utk CTU dgn KOKO, jadinya waktu tu tak cukup kredit hour. Jadinya perlu tarik subjek sem 2 masuk sem 1. fyi, kita mesti cukup kredit hour sebab kalau kita dapat pointer tinggi tak dikira dekan kalau kredit hour tak cukup.

      Actually saya pon macam awak jugak dulu. Hehe.. tak confident nak sambung degree in science sbb masa diploma result tak berapa cantik. Hehe..

      Dan cara untuk adapt depend pada diri kita sendiri. Hehe.. yg penting kita kena yakin yg kita dah buat pilihan yg terbaik utk sambung dlm fakulti ni 💪🏻
      InShaaAllah yg paling penting kita kena letak target dan azam nak buat yg lebih baik masa degree contohnya nak dapatkan ANC ataupun first class degree. Jadinya dgn semangat yg ada dan pengalaman yg kita dh ada sepanjang diploma kita gunakan untuk improve cara study, cara nak faham dll. InShaaAllah tiada yg mustahil 💪🏻

      Alhamdulillah geng2 saya yg lepasan diploma lain² dapat capai result yg kami nak capai 🥰

      Actually setiap subjek ada pro and cons. Tapi inShaaAllah dgn pengalaman yg kita belajar masa diploma jadikan kita lebih advance drpd orang lain. Jadinya kena grab opportunity pengalaman yg kita dah ada untuk buat yg lebih baik drpd orang lain 😄

      All the best 💪🏻💪🏻

      Delete
  3. boleh sy tahu awak lepasan stpm ke diploma ? sblm study course ni maksud sy. Biasanya utk lepasan diploma dh apply kt upu dia akn cmpak kita ke mana ye? sbb ada dua kampus kan setahu sy sama ada di shah alam atau kelantan.

    ReplyDelete