Sunday 1 September 2019

UiTM Kampus Puncak Perdana

UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Perdana


Alright, kita sambung coretan kita harini yang dah berapa tahun tinggalkan blog ni😅.

Ada tak siapa - siapa yang masa check surat tawaran, bila dia baca UiTM Puncak Perdana tu dia rasa macam tak pernah dengar pon nama kampus ni dan tak tahu pon kat mana kampus ni. Dan lepas tu baru start search and then baru tahu yang kampus ni rupanya ada dekat area Selangor je rupanya. Siapa yang pernah hadapi perkara yang sama? Angkat tangan sikit ✋

Nah, akak kasi awal2 location kampus ni. Boleh tekan text dekat bawah gambar tu naa.

Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Puncak Perdana

So, korang dah tengok kan gambar kat atas, cantik ke tak? Mestilah cantik.💕 Dan kalau korang betul - betul student Puncak Perdana, korang wajib tangkap gambar dekat UiTM besar tu. Kalau tak korang bukan student Puncak Perdana la nampak gayanya. Hahaha..

Kampus Puncak Perdana ni tak de la besar mana dan as a student rasa bersyukur juga sebab fakulti dekat je dengan kolej, so kalau kelas korang ade gap around 1 jam, korang bolehla balik kolej dulu untuk rehat dan solat dan makan - makan.

Alright antara masalah student dekat sini adalah pasaraya nak beli barang - barang keperluan agak jauh dan biasanya student akan naik bas Rapid atau Grab/MyCar untuk ke Giant Seksyen 13, AEON Mall, Space u8 and so on. Mydin Bukit Jelutong pon ada jugak tapi student jarang pergi sebab takde public transport nak ke sana. Kalau student bawak kereta bolehlah pergi dekat situ sebab dekat sikit berbanding yang lain. Tapi ada kebaikan juga sebenarnya bila pasaraya jauh daripada kampus sebab kita dapat berjimat sikit dan tak boros sangat.

Okay dekat kampus ni hanya ada 2 fakulti je iaitu Fakulti Pengurusan Maklumat dan Fakulti Filem, Teater dan Animasi. So, korang tak pelik la kan kenapa kecik je kampus ni.

Done untuk coretan pendek yang dah lama tak menaip.

Selamat datang ke UiTM Puncak Perdana bagi mahasiswa - mahasiswa baru. Harap korang semua enjoy dekat sini dan belajar sungguh - sungguh untuk capai First Class Degree.

Next, saya akan share tentang kursus saya pulak iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Sistem Maklumat. 

2 comments:

  1. perghhh rindu nak pi fakulti..takdan nak last semester kat sana dah kena covid langsung tak pi dah sampai skrg..

    ReplyDelete