Sunday 1 September 2019

Fakulti Pengurusan Maklumat

Selepas hampir 5 tahun tak coret apa - apa dekat blog ni. Tiba - tiba harini terasa rajin pulak nak menaip. 😄 So, here we go.

Sekarang saya dah nak masuk tahun ketiga belajar sebagai student Fakulti Pengurusan Maklumat di UiTM. Dan tak sangka dah banyak perkara yang saya lalui as a student.

Jom saya share sikit tentang Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM ni. Mungkin akan dapat membantu mahasiswa - mahasiswa baru yang akan belajar dekat fakulti ni.

6 kampus yang ada Fakulti Pengurusan Maklumat

Kampus - kampus UiTM yang ada Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM) atau dalam English nya Faculty Information Management (FIM).

1. UiTM Puncak Perdana
2. UiTM Segamat
3. UiTM Machang
4. UiTM Rembau
5. UiTM Merbok
6. UiTM Samarahan



Video assignment kami. Boleh la bantu like dan view dekat Youtube ye. Hehe.. Terima kasih😄
Bawah ni link dia.


Syarat - syarat kemasukan ke Universiti / University Entry Requirements: 

✅ Lulus SPM atau setaraf.
✅ Kredit dalam Bahasa Malaysia di peringkat SPM / setaraf.
✅Lulus STPM dengan sekurang-kurangnya Gred C (2.00) dalam Pengajian Umum dan minimum CGPA 2.00.
✅ Lulus matrikulasi KPM / UM dengan PNGK 2.00. 
✅ Lulus Diploma dari Institusi Pengajian Tinggi lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
✅ Malaysia University English Test (MUET) Band 2.


Syarat Kemasukan Program / Programme Entry Requirements

🎓 Graduan Diploma dari UiTM
➤  Diploma dari UiTM dengan minimum CGPA 2.30 atau 2.00 CGPA dengan satu tahun pengalaman bekerja.

🎓 Graduan Diploma dari Institusi Pengajian Tinggi lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
➤ Diploma dari HLI yang lain dengan minimum CGPA 3.00 dan Lulus SPM / setaraf dengan sekurang-kurangnya lima (5) Kredit termasuk Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dan lulus Matematik / Matematik Tambahan.
atau
➤ Minimum CGPA 2.75 dengan 2 tahun pengalaman bekerja dan Lulus SPM / setaraf dengan sekurang-kurangnya lima (5) Kredit termasuk Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dan lulus dalam Matematik / Matematik Tambahan.

🎓 Graduan dari Yayasan UiTM / Program Yayasan Sains UM / Matrikulasi KPM
➤  Minimum CGPA 2.30 dengan sekurang-kurangnya Gred C (2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran dan lulus SPM / bersamaan dengan kredit dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dan lulus dalam Matematik / Matematik Tambahan.

🎓 Lepasan / Setaraf STPM
➤  Minimum CGPA 2.30 dengan sekurang-kurangnya Gred C (2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am dan lulus SPM / setaraf dengan kredit dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dan lulus dalam Matematik / Matematik Tambahan.


Program - program yang ada dalam Fakulti Pengurusan Maklumat ni ialah :

IM110 - Diploma Pengurusan Maklumat / Diploma in Information Management
IM244 - Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan / Bachelor of Information Science (Hons) Library Management
IM245 - Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Sistem Maklumat / Bachelor of Information Science (Hons) Information Systems Management
IM246 - Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Rekod / Bachelor of Information Science (Hons) Records Management
IM247 - Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Pusat Sumber / Bachelor of Information Science (Hons) Resource Centre Management 👈 Program ni dah tak ditawarkan 
IM249 - Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Kandugan Maklumat / Bachelor of Information Science (Hons) Information Content Management

Tempoh pembelajaran : 

Sepenuh masa / Full Time : 2 - 3 tahun setengah ( 2 tahun untuk student penerapan, kalau 3 tahun stgh untuk student lepasan stpm, matrik, asasi dan diploma lain2 sebab kalau student penerapan terus masuk semester 3)

Bukan sepenuh masa / Part Time : 4 - 5 tahun

Peluang pekerjaan bagi student - student lepasan Fakulti ni pulak :

IM244 - Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan / Bachelor of Information Science (Hons) Library Management 

👉 Indexer
👉 Metadata Analyst
👉 Librarian
👉 Manager of Information Services
👉 Library Officer
👉 Library Service Consultant
👉 Digital Librarian
👉 Abstractor
👉 Cataloger
👉 Knowledge Specialist

IM245 - Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Sistem Maklumat / Bachelor of Information Science (Hons) Information Systems Management

👉 Information Systems Executive
👉 Information Specialist
👉 Information Manager
👉 Automation Officer
👉 Director of Information Center
👉 Information Consultant
👉 IT Librarian

IM246 - Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Rekod / Bachelor of Information Science (Hons) Records Management

👉 Strategic Development Officer
👉 Records Manager
👉 Document Controller
👉 Medical Records Officer
👉 Record Consultant
👉 Archivist
👉 Records Administrator
👉 Risk Manager

IM249 - Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Kandugan Maklumat / Bachelor of Information Science (Hons) Information Content Management
👉 Digital Content Specialist
👉 Web Archivist
👉 Web Content Manager
👉 Digital Marketing Specialist
👉 Mobile Applications Developer
👉 Information Content Manager


Alright, so yang dekat atas ni general information tentang Fakulti Pengurusan Maklumat. So, korang bolehla fikir2 kan nak ambik kos ape nanti.

After this, saya akan share lebih detail tentang kampus dan kos saya, iaitu Kampus Puncak Perdana dan IM245 - Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Sistem Maklumat / Bachelor of Information Science (Hons) Information Systems Management. Siapa yang ambik program sistem maklumat kita geng. Hahaha..

No comments:

Post a Comment