Monday 1 June 2020

IM245 - Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Sistem Maklumat @ Bachelor of Information Science (Hons) Information Systems Management

Jom kita take note apa subjek - subjek yang korang akan ambik bila ambil kursus ni. So, let's go!!.

Dekat bawah ni adalah course outline bagi kursus IM245:-



Untuk lepasan STPM, Matrikulasi dan lain2 korang akan ikut semua course outline dekat atas ni. 


KHAS UTK LEPASAN DIPLOMA UITM LAIN2 (sebab saya berada di situasi ni, saya share sikit pengalaman)

Masa diploma dulu saya ambik Diploma Sains, tapi masa degree saya fikir masak2 utk tukar fakulti sebab saya rasa saya tak mampu nak bawak subjek2 sains masa degree nanti. Susah 😭 (saya je, org lain inShaaAllah okay)

Untuk lepasan Diploma UiTM lain - lain yang mungkin korang tukar kos drpd zaman diploma dulu, korang di suggestkan untuk buat permohonan pengecualian kredit. Renyah sikit la sebab korang akan selalu kena ulang alik pergi ke pejabat fakulti untuk setelkan pengecualian kredit ni walau macam mana pun banyak kelebihan yg korang akan dapat bila dah buat permohonan ni. Huhuhu.. 

Subjek - subjek yang korang boleh buat pengecualian kredit depend pada kursus yang korang ambik masa diploma dulu. Kalau korang punya kursus masa diploma banyak yg ade kena mengena dengan kursus sistem maklumat ni, so makin banyak la korang dapat pengecualian kredit. Perkara penting yg korang kena buat masa nak buat permohonan ni ialah korang kena tahu course outline yang korang ambik masa diploma dulu. Haa.. masa ni kelam kabut nak cari details subjek2 yg korg belajar masa diploma dulu. Mula la nak contact junior2 yg masih belajar lagi. 

Okay, antara subjek yang kebiasaannya korang boleh buat pengecualian kredit ialah subjek kokurikum(yg kawad ptg2 tu). huhu.. Mesti seronok kann. Yelaa. Dah puas kot kena berkawad zaman diploma dulu takkan waktu degree ni pon kita nak kena berkawad jugak. Nanti korang just tengok kawan - kawan korang berkawan je. hehe.. Lepas tu subjek CTU551, subjek ni kebanyakannya fakulti2 ade ambik dah masa diploma. Lepas tu MGT400, ni pon antara subjek yg korg boleh buat pengecualian kredit sekiranya korang dh ambik masa diploma dulu. 

Untuk buat permohonan ni perlukan kelulusan drpd  KPP (Ketua Pusat Pengajian) IM245. Kalau korang punya subjek yg nak buat pengecualian kredit ni masa diploma dulu tak dapat gred yg memberangsangkan, korg mungkin tak dapat kelulusan untuk buat pengecualian. Ape2 pon depend kpd keputusan KPP.  Tapi paling banyak advantage kalau korang drpd diploma sains komputer, sebab banyak subjek yg korang belajar dulu ada kena mengena dgn kursus ni.

Dan bila dah dapat kelulusan utk pengecualian kredit, korang kena susun jadual akademik korang baik2 dan jangan lupa yg korang juga boleh tarik subjek drpd semester 2 bawa ke semester 1. Sebab utk semester 1 korang punya credit hour tak cukup bila dah buat pengecualian, kalau korang dekan pon tak dikira kalau credit hour korang tak cukup. So korang dh kena start buat perancangan subjek apa yg korang nak tarik dan bawa ke semester 1. 

Kalau boleh korang cari la geng yg hadapi situasi yg sama macam ni, sebab kalau korang hadap sorang2 stress jugak. hahaha.. So, bila ade geng korang boleh hadap sama2, dan tak de la ade yg terlepas pandang ke ape ke. 

Saya Alhamdulillah ade housemate yang sama2 lepasan diploma, tapi dia kos pengurusan rekod but kami boleh hadapi sama2 untuk buat permohonan pengecualian kredit dan tarik subjek semua tu.

So, itu je nak share buat catatan kali ni. But ape2 pon mungkin akan ade perubahan mengikut situasi yg mendatang sebab pengalaman yg saya hadapi ni masa 2017. All the best buat semua.😃